Cinderella dan... pencuri?
Pang!
“Budak tak guna!
Berani kau pecahkan pinggan aku!” Maya menghayunkan penampar tepat ke muka
Violet. Violet sedikit pun tidak mengadu kesakitan membuatkan Maya semakin
geram. Malah Violet merenung tajam mata Ella dengan muka tidak berperasaannya.
“Mama tengok Violet
ni. Duk renung-renung orang pula. Ingat mata dia cantik sangat ke?” adu Ella
kepada mamanya. Dia sudah tidak sanggup direnung sebegitu oleh Violet.
Menyeramkan!
“Sudah-sudahlah tu
mama. Pinggan aje pun. Mama kan ada banyak
pinggan macam tu.” Daniel menepuk perlahan bahu mamanya. Kesian pula dia
melihat pipi Violet sudah merah penangan mamanya.
“Mana boleh. Abang
ingat mama beli murah ke pinggan tu?”
“Violet, awak pergi
masuk dalam bilik.” Arah Daniel. Kata-kata Ella dihiraukan. Makin dilayan si
Ella tu, makin menjadi-jadi dia. Kalau dibiarkan tak pasal-pasal senget pula
muka Ella dikerjakan Violet. Mungkin Ella tak tahu, tapi dia tahu yang Violet
ada sejarah hitam yang tersendiri.
Diselamatkan
Daniel, Violet mengangkat kaki menuju ke bilik berdekatan dengan dapur. Bilik
orang gaji. Ella hanya mampu menghentak kaki. Tak berani melawan kata-kata
abangnya. Maya pula hanya merengus geram.
**
Violet merebahkan
badan atas katil. Sungguhlah dia penat. Sejak dari pagi dia melakukan kerja
sampai ke malam. Dan habuannya, kena penampar sebijik kat pipi.
Sebab apa?
Sebab pinggan cap
ayam si Maya tu pecah.
Sebab apa?
Sebab aku.
Heh! Bodoh punya
orang tua. Anak dia yang bagi pecah, aku pula yang kena. Tu la, kecik-kecik tak
nak mampus. Bila besar dah menyusahkan aku. Tak guna punya anak beranak.
Papa pun satu. Ajak
Maya si kepala senget tu tinggal sekali buat apa, alih-alih papa meninggal.
Tinggalkan aku sorang-sorang. Yang susah, aku juga. Alasan papa, ada jugak
orang tolong jaga aku bila dia outstation.
Puih! Jaga lah sangat. Tengok pipi ni ha, tanda kasih sayang seorang makcik.
Terima kasihlah banyak-banyak kepada ‘mama Maya’ sebab bagi ‘hadiah’ yang amat
bermakna kepada Violet ni. Puih!
Dalam dia duk
membebel dalam hati, ekspresi wajahnya langsung tidak berubah.
Asalnya, Violet
merupakan anak seorang hartawan yang sudah kematian ibu. Disebabkan Violet
kehilangan ibu semasa berusia lima tahun, maka si ayah pun meminta kakaknya
Maya untuk tinggal sekali. Ayah Violet berharap agar Maya memberikan kasih
sayang kepada Violet. Maya pula ibarat orang mengantuk disorongkan bantal
apabila dapat menumpang kemewahan adiknya kerana syarikat suaminya bankrap dan
dia baru sahaja diceraikan. Tetapi, si ayah meninggal dunia dalam kemalangan,
meninggalkan Violet dengan seorang ibu saudara dan dua orang sepupu.
Malangnya, nasib
Violet tidak sebaik yang ayahnya
harapkan. Kisah hidupnya sama aje dengan kisah Cinderella. Tapi Cinderella
terpaksa berhadapan dengan ibu tirinya dan dua orang kakak tirinya manakala
Violet terpaksa ‘berperang’ dengan ibu saudaranya sendiri. Mungkin kisah
Cinderella lebih baik darinya kerana Cinderella diselamatkan putera raja dan
dia pula tiada sesiapa yang mahu selamatkannya kecuali abang sepupunya, itu pun
kalau abang sepupunya ada di rumah! Dan Cinderella pula mempunyai dua orang
kakak yang bajet cantik padahal muka macam baja lembu TETAPI Violet mempunyai kakak
sepupu yang sangat cantik dan abang sepupu yang memang hot kebaboom! Nampak tak
perbezaan antara dirinya dan si Cinderella.
Heh, cantik pun tak
guna juga kalau hati tu kotor macam tahi ayam!
Dan bila difikirkan
balik, putera raja dalam cerita Cinderella nu ha pilih Cinderalla sebab rupanya
yang lagi cantik dari kedua kakak tirinya. Katakan lah... katakan aje lah, kakak
si Cinderella tu sama cantik dengan Cindrella, tak ke pening putera raja tu
sebab ada tiga orang perempuan cantik yang inginkannya. Hish! Pening kepala aku
dengan cerita dongeng ni.
Eh, betapa
bengapnya kau ni, Violet. Kan putera raja tu pilih Cinderella tu sebab kaki dia
aje yang padan dengan kasut kaca tu? Ah sudahlah, serabut fikir pasal kau
Cinderella. Kalau aku, Violet pun fikir pasal kisah kau Cinderella, siapa pula yang
nak fikir pasal kisah aku kalau bukan aku?
Eh, apa yang aku
mengarut ni?
Violet berasa agak tenang
sedikit selepas menyumpah Ella dan Maya dalam hatinya. Pewangi bilik lavender
yang diberikan Daniel juga dapat melegakan hatinya.
Dengan tudung yang
masih bersarung, tingkap terbuka sikit, Violet tertidur. Tiba-tiba dia
terdengar tombol pintu dipulas dari luar. Violet cuba bangun, namun tidak
berjaya. Kenapa?
Violet nampak ada
lembaga hitam mula melangkah masuk kedalam biliknya. Violet berusaha
menggerakkan badannya namun tidak berjaya. Sepatah perkataan tidak mampu keluar
dari mulutnya.
Dengan bantuan
cahaya bulan, Violet mengecam wajah lembaga itu. ‘Daniel?’
“Violet, I’m sorry for doing this. For your sake.”
‘Huh? For my sake? You gotta be kidding me!’ Violet menjerit dalam hati. Apa yang Daniel
nak lakukan terhadap dirinya? And why the
hell I can’t move? Damn it! Daniel merangkak naik atas katil. Dia menindih
Violet.
Tangan Daniel
perlahan-lahan membuka pin tudung Violet. Peluh sejuk mula merenik di dahi
Violet.
Geraklah tangan! Gerak! Aku cakap gerak,
geraklah!
Dush!
Tumbukan Violet
berjaya ditahan tangan Daniel. Terkejut Daniel kerana Violet masih boleh
bergerak walaupun sudah terhidu ‘dadah’ yang terkandung dalam pewangi bilik yang
diberikannya kepada Violet. Malah tumbukannya pun boleh tahan sakitnya. Lupa
pula nak beritahu, ‘dadah’ yang digunakan Daniel hanya berkesan terhadap
wanita.
“For... my sake...? Heh. Don’t kidding me, you bloody
pervert!” Violet mengetap
gigi. Urat-urat hijau mula timbul di dahinya. Namun Daniel hanya tersenyum.
Violet hanya mampu menumbuknya sekali sahaja. Buktinya, tangan kanannya sudah
terkulai atas katil.
Daniel menyambung
kerjanya yang tergendala tadi. Tudung Violet dibuka dan dicampak ke bawah.
Daniel membuka dua butang baju teratasnya.
Violet ketap bibir.
Kalau dia boleh gerak, memang dah mati si Daniel ni!
**
“Oh my, oh my. Forcing a lady is a big no-no, mister.”
Daniel tersentak.
Violet terkejut. Kelihatan kepala seorang lelaki sedang elok terjengul di
tingkap yang terbuka. Siap boleh tersengih lagi kepada Violet.
“Hai Violet. Hai
Daniel, the bloody pervert.”
“K-k-kau.. masa
bila kau ada kat sini?” tergagap-gagap Daniel bertutur.
“Emmm... sejak kau
tindih Violet lagi.” selamba aje dia berkata. Terkedu Daniel.
Dengan sekali lompat aje, dia mendarat masuk
ke dalam bilik Violet.
“Man, I must say that you have quite the nerve to touch
MY princess.”
“My?” Daniel
ketap gigi.
“Sorrylah Daniel, aku datang nak ambil
Violet balik.”
“Huh?! Apa
maksud... kau...?” Daniel rebah sejurus belakang kepalanya dipukul lelaki itu.
Lelaki itu
mendudukkan Violet apabila melihat Violet bersusah-payah menggerakkan badannya.
Kemudian dia mencapai tudung yang dicampak Daniel tadi dan memakaikan ke kepala
Violet.
“Tak kemas
langsung.” Kutuk Violet. Dalam hati ajelah. Dahlah lelaki itu main hentam aje
pakaikan dia tudung. Sakit bahunya dicucuk pin.
“Sorry I’m late, princess. I’m going to take
you away, princess. From here.”
Huh?!
**
Violet membuka
perlahan matanya. Cahaya lampu menyilaukan matanya. Violet menggosok perlahan
matanya tetapi dihalang tangan lain.
“Nanti buta mata tu
macam mana?”
Huh?! Ni mamat mana
ni?
“Kau siapa?” rendah
aje nada suara Violet. Nak dimaki sebab diculik takut dibunuh pula. Buat naya
aje.
“I’m your knight in shining armor.” Lelaki itu tayang muka bangga sambil mengangkat kening
dua kali.
Menyampah pulak
Violet melihatnya. Dia memerhatikan sekeliling. Sekarang ini, dia dan lelaki
entah mana hala sedang berada dalam bilik bercat putih yang besar. Besar tapi
kosong. Dan dia pula elok aje landing
atas sofa merah sambil diperhatikan lelaki itu yang duduk bersila atas lantai
di hadapannya.
“Kau siapa? Aku kat
mana?”
“Like I said, I’m your knight in shining armor... And
you... are in my heart.”
Buk!
“Sakitlah. Sampai
hati awak pukul kepala titew.” Lelaki
itu mencebik. Violet merengus marah. Pickup
line entah hape-hape!
“Baik kau cakap
elok-elok.”
“Yelah yelah. Well, awak tak perlu tahu nama saya. Just call me Joker.” Ujar Joker sambil
tersenyum manis.
“Joker?”
“Um.” Joker
mengangguk.
“Tak pernah dengar
pun.”
“Biar betik?! Awak
tak pernah dengar pasal saya ke?”
“Tak. Joker tu
makanan ke?”
“Tu Jacker la, princess.” Joker tergelak kecil. Dia
mengeluarkan telefon pintar dari poketnya. Khusyuk aje Violet melihat Joker
menaip di telefonnya..
“Nah.” Violet
mengambil telefon pintar yang dihulurkannya. Joker membuka video menggunakan
Youtube.
“Penjenayah yang dikenali sebagai Joker sekali lagi
berjaya mencuri berlian bernilai satu perpuluhan lima juta dari kediaman
seorang hartawan. Polis menganggarkan masa kejadian bermula dari jam tiga pagi
semasa penghuni banglo tiada di tempat kejadian....” serius aje muka pembaca berita itu semasa membacakan
berita.
“Kau ni pencuri
la?”
“Ish, tengoklah
video tu sampai habis.”
“....Pada jam tiga petang pada hari yang sama, polis
menemukan berlian yang berjaya dicuri Joker di hadapan balai polis yang berada
berdekatan dengan lokasi kejadian...”
“Kau ni bodoh ke
apa?”
Eh?
Terkejut Joker
apabila Violet melabelnya bodoh.
“Eh.. kenapa awak
kata saya bodoh? Sampai hati...”
“Kalau aku, aku
campak aje berlian tu dalam laut. Tak pun gadai.” Yelah, berlian tu salah satu
punca manusia bergaduh. Pastu si Joker ni selamba badak aje pulangkan balik
berlian tu.
“Ish. Jahatlah awak
ni. Tak baik tau mencuri.” Ujar Joker sambil menggoyang-goyangkan jari
telunjuknya.
“Dah tu. Yang kau
buat ni tak mencuri ke, hah?” Violet menenyeh skrin telefon ke muka Joker.
“Saya pinjam aje
lah. Tu pun nak marah.” Joker berlalu keluar dari bilik itu. Malas melayan,
Violet teruskan melihat semua video yang memberitakan Joker.
‘Gila betul mamat
ni. Diamond, kereta, Mercedes, barang
kemas... and dia pinjam tepat 12
jam.’
Joker. Dikatakan
‘meminjam’ barang yang diambilnya kerana dipulangkan selepas 12 jam. Kesemua
mangsanya adalah keluarga berada yang tidak mahu identitinya didedahkan. Dan
sekarang ni, si Joker ni ‘pinjam’ aku
pulak. Untuk apa? Violet mengusap dagunya. Keningnya dikerutkan tanda berfikir.
“Joker, sebab apa
kau culik aku?” tanya Violet kepada Joker setelah dia masuk kembali ke dalam
bilik itu.
“Emm... sebab apa
eh?” Joker berpura-pura berfikir. “Sebab saya nak kahwin dengan awak lah.”
Buk!
“Baik kau cakap
elok-elok sebelum aku tumbuk kau!”
“Tapi awak dah
tumbuk saya. Sakit tau.” Joker mengusap-ngusap pipinya.
Arghh! Gedik gila
mamat ni! Gunung berapi Violet tunggu masa aje nak meletus.
“Yelah yelah.”
Joker menghela nafas perlahan sebelum menyambung. “Sebab saya nak selamatkan
awak dari rumah tu lah.”
“Huh?! Jangan buat
lawak lah. Siapa suruh kau buat camtu hah?!”
“Your dad.”
Huh?!
That old man! Mula-mula ajak si Maya tahi ayam tu tinggal sekali, lepastu tinggalkan aku
menderita sorang-sorang, kena dera kat rumah sendiri. Hampir kena baham dengan
si Daniel tak guna tu dan part yang
paling best sekali, minta Joker the great thief to save me! Hahaha... lawak gila hidup
aku.
“Err... Violet?”
Joker dah cuak melihat mata Violet dah mula merah. Violet menekup mukanya
dengan kedua tangannya.
“Memang hidup aku
ni macam mainan eh? Ditolak, ditarik sesuka hati.” Joker terkedu. Sepanjang
masanya dihabiskan untuk stalk...eh
usha...gadis ini dari jauh. Dan dia sedikit pun tak pernah menitiskan air mata,
walaupun setelah didera berulang kali oleh Maya dan Ella. Malah, dia sedikit
pun tidak menangis apabila cuba dicabul Daniel. Dan untuk pertama kalinya dia
melihat air mata membasahi pipi Violet.
“Don’t look at me. I hate being looked like this.”
Joker menanggalkan
jaket yang dipakainya dan dia menyarungkan ke tubuh Violet. Hoodie jaket disarung ke kepala Violet.
Tangan kanannya dibawa ke kepala Violet dan diusap perlahan. Violet pula terus
menangis hingga dia tertidur. Ini adalah pertama kali dia menangis setelah
kematian ayahnya.
“Twinkle twinkle little star...” Joker menggumam lagu yang dibenci Violet- lagu yang
selalu dinyanyikan papa Violet sebagai lullaby
sebelum papanya meninggal.
**
“Twinkle twinkle little star. How I wonder what you are?
Up above the world so high... like a diamond in the sky...”
Violet membuka
perlahan matanya apabila telinganya menangkap suara seorang lelaki menyanyi.
Dia nampak seorang lelaki membelakangkannya.
“Papa?” Violet segera
bangun dari pembaringannya. Dia berlari anak dan berhenti beberapa kaki dari
lelaki itu.
Tangan kanan mula
menumbuk perlahan belakang lelaki itu.
“Sampai hati papa
tinggalkan Violet sorang-sorang. Violet sunyi tahu tak? Sunyi sangat-sangat.
Kenapa papa tak bawa Violet sekali? Papa tak sayang Violet ke? Mama dah
tinggalkan Violet. Papa pun sama. Semua orang tak sayangkan Violet ke? Semua
orang dah bencikan Violet ke?” Violet merengek macam budak kecil setelah sekian
lama dia memendam perasaan. Dia memendam perasaan terlalu lama hingga
menjadikan dia seorang yang beku, tiada perasaan.
“Sayang.” .Dia
mengalihkan badan mengadap Violet dan menangkap tangan Violet yang terus
menumbuk badannya. Bahu kiri Violet dipegang. “Papa tak tinggalkan Violet
sorang-sorang tau. Sebelum papa pergi, papa dah amanahkan seseorang untuk jaga
Violet.”
“Siapa?”
“Rahsia.” Lelaki
itu tersenyum sebelum hilang dari pandangan.
“Papa!”
**
Violet membuka
mata.
Hish, berapa kali
aku nak buka mata daa... sikit-sikit pejam. Sikit-sikit tidur. Teruk betul!
Dahlah terlepas subuh. Nasib baik aku cutii.
Dia merasa
kepalanya dipegang. Violet mendongakkan kepala. Kelihatan Joker tidur sambil
tersandar di kepala sofa. Tangan kanannya elok aje mendarat atas kepala.
Perlakuan Joker yang memegang kepalanya sama seperti perlakuan papanya. Selamat
berlapik!
Kenapa dia rasa
yang Joker dan papanya mempunyai persamaan?
Kenapa dia rasa dia
selamat dengan Joker, sama seperti dia rasa selamat dengan papanya?
“Bangun dah?” soal
Joker sambil menenyeh matanya.
“Nanti buta mata tu
macam mana?” Violet memulangkan paku buah keras.
“Violet...s-sa-saya
tak sangka awak ambil berat pada saya...” Joker tayang muka terharu.
“Blah lah kau.”
Violet bangun dari pembaringan. Sungguhlah dia langsung tak rasa kekok dengan
Joker. Walaupun officially mereka
sudah tidur bersama-sama.
Eh? Betulkan ayat
tu! Betulkan!
“Hampir pukul 12
tengahari lah...”
“Kenapa pula dengan
pukul 12?”
“Masa untuk saya
hantar awak balik ke rumah lah...”
Eh?
**
“Tepat pukul 12 tengahari pada hari yang sama, pihal polis
menemui seorang gadis yang dipercayai diculik oleh Joker di hadapan balai polis
berdekatan dengan kediaman mangsa. Menurut rakaman CCTV, mangsa
ditinggalkan suspek di hadapan balai polis dalam keadaan tidak sedarkan diri....”
Violet mengulang
semula video yang memaparkan berita tentang penculikannya. Setelah mengalaminya
sendiri, barulah dia faham tujuannya diculik. Rupa-rupanya penculikan itu
merupakan salah satu cara papanya ‘menjaga’ dirinya.
Jagalah sangat!
Satu aje perkara
yang dia tidak puas hati, ada ke patut dia ditinggalkan di hadapan balai polis?
Tak guna punya Joker!
Setelah dia
dihantar ke rumahnya oleh pihak polis, berlambak-lambak wartawan menyerbu
rumahnya. Dah macam artis terkenal pula. Dan part yang paling best sekali,
dia langsung tak kena buat kerja rumah.
Sebab apa?
Sebab setakat ini
barang dan segala benda yang dicuri oleh Joker adalah barang-barang kesayangan
mangsa curi.
Dan cuba bayangkan
kalau dia, Violet yang merupakan kesayangan kepada papanya ditemui dalam
keadaan melakukan kerja, ataupun muka penuh dengan kesan lebam akibat didera? Cuba
bayangkan...
Pastilah Maya
dengan Ella akan ditangkap polis kerana melakukan jenayah.
Seronoknya kalau
diorang kena masuk lokap, getus hati Violet.
Dan wartawan pula
tak henti-henti menyerbu rumahnya, memintanya menceritakan pengalaman diculik
Joker kerana dia merupakan mangsa pertama penculikan yang dilakukan Joker. Ini
kerana setakat ini, Joker hanya mencuri barang-barang berharga sahaja namun
tidak pernah menculik orang.
Berkenaan Daniel
pula, sebaik sahaja dia ‘dipulangkan’, sempat dia memberikan sedas tumbukan ke
muka Daniel sebelum meminta penjelasan. Hebat kau Violet. bagi penumbuk dulu
baru minta penjelasan.
Menurut Daniel, dia
ingin berlakon seolah-olah dia dan Violet ehem-ehem lalu ditangkap Maya pada
keesokan harinya. Dan sudah tentu Maya akan menghalau Violet keluar dari rumah
sekaligus membebaskan Violet dari terus didera. Untuk menjayakan rancangannya,
dia siap membelikan sebuah rumah untuk Violet apabila rancangannya berjaya.
“Tengkorak kau
berlakon!” Dush! Dan itu adalah balasan yang diberikannya kepada Daniel setelah
penat Daniel menghabiskan air liur untuk menjelaskannya perkara yang sebenar.
TAMAT
Eh... belum lagi...
Violet termenung
melihat keluar tingkap. Tiba-tiba bayangan wajah Joker muncul di fikirannya.
“Shush! Shush!” Hish
mamat ni. Duk muncul dalam otak aku pulak!
“Violet! Violet!”
terkocoh-kocoh Daniel memanggilnya.
“Apa?”
“Ada.... ada....”
termengah-mengah Daniel, cuba menghirup nafas. “Kejap, bagi aku bernafas dulu.”
Geram pula Violet dengan Daniel. Oh, lupa pula nak bagitahu. Daniel sudah
mengubah cara panggilannya menjadi aku-kau. Lebih mesra, macam kawan baik
katanya.
“Ada orang cari
kau.” Daniel membisikkan sesuatu di telinga Violet.
Tergesa-gesa Violet
menuruni tangga. Kelihatan ibu saudaranya menjelingnya. Heh. Dia jeling aku,
aku jeling dia balik. Ella pula mencebik tak puas hati. Kemudian mereka beredar
dari situ, meninggalkan Violet, Daniel dan..
Joker
“Hello princess? Remember me?” Joker mengangkat keningnya dua kali. Selain dari dia,
hanya Daniel aje yang tau rupa sebenar Joker. Di mata masyarakat, dia dikenali
sebagai Faruq the stuntman, pelakon aksi
terkenal.
“What are you doing here?” Violet menjegilkan matanya kearah Joker.
“Did you gave her my message, mister bloody pervert?”
“Yeah. And stop calling me that.” Daniel tayang muka toya.
“What did you mean by ‘your knight in shining
armor is here’, Mr Faruq?” Violet menekan nama sebenar Joker. Joker hanya
membalas dengan gelak kecil.
“Dan awak tahu tak,
awak tak payah tolong saya dengan menculik saya. I can handle the abuse myself. I don’t really need your help.”
“Princess...” Joker menekup mulutnya. “Awak tak cakap aku-kau dah. Oh my.” Muka terharu!
“Listen to what I’m talking, you big idiot!” Violet menendang kaki Joker. Joker menyeringai kesakitan.
Sakit siot!
“It’s true that you don’t need my help, miss damsel in
distress. You don’t even need your knight in shining armor..” Joker menyambung “...or
the bloody pervert, the Daniel.”
“Hey!” marah
Daniel.
“You don’t need the knight in shining armor as you...” Joker mengeluarkan kotak baldu berwarna merah.
“... already have me.”
Daniel tersenyum.
Violet terkedu.
Joker angkat kening
dua kali.
“ What you say?”
“ You pervert,
idiot, crazy man. Get lost!” Jerit Violet sambil berlari masuk kedalam
biliknya. Mukanya merah macam tomato. Tapi sebelum itu sempat jugak tangannya
mencapai kotak baldu yang dihulurkan oleh Joker. Malu-malu rimau gitu...
“ Hahaha. Kena pervert jugak. Mengata lagi kat aku
kan...”. Ujar Daniel.
“Nah.” Joker
menghulurkan cincin belah rotan kepada Daniel.
Eh?
“Kau kan wali
dia...” Daniel merenung kosong cincin itu... Maksudnya, kotak baldu tadi...
“Kau... memang nak
mati kan?”
**
Violet membuka
kotak baldu di tangan. Dia sedaya upaya menahan senyum. Tetapi...
Cincin ada kat Daniel. >___<
Nota kecil dalam
kotak baldu direnyuk kasar.
“I really really hate you!” Telefon bergetar menandakan mesej masuk. Dari Joker.
P/S: I love you too...
Dan akhirnya, si
Cinderella versi Violet bertemu dengan prince
charming... eh tak, pencuri hatinya.... :)
Tamat.
Written by: RaitaKenji
In collaboration with: KenichiYukiko
Best la cter ni...i loikeee
ReplyDeletecita ni kan cuba translate g english... serius lawak
ReplyDelete