Posts

Showing posts from June, 2016

Kisah Kita...

Assalamualaikum... okey, ni first time saya buat cerpen. abaikan ejaan yang salah sebab keyboard laptop ada masalah sikit. abaikan jika ada penggunaan bahasa inggeris yang salah...almaklumla, ceq x retti BI Enjoy reading! *****  Seelok kakinya menjejak lantai rumah, telinganya menangkap bunyi piano sedang dimainkan. “ Etude in A Minor Op. 25 , huh?” Dia mendesis. Cuba dihalang rasa sesak didadanya. Cepat-cepat diusir memori pahit yang cuba bertandang. Dia tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Dia tidak mahu terikat dengan masa silam lagi. Dia tidak mahu mimpi ngeri datang kembali.  “Along!”. Sapa adiknya, Maisarah yang baru keluar dari dapur sambil menatang dulang. Serentak dengan itu, bunyi piano serta-merta berhenti. Seisi rumah sudah sedia maklum. Dia sememangnya fobia dengan bunyi piano. Jadi, apabila pulang ke rumah keluarganya, sesiapapun takkan cuba untuk bermain piano. “Kenapa Along balik tak beritahu? Boleh Angah masak spesial punya untuk Abang anga

Cinderella dan... pencuri?

Pang! “Budak tak guna! Berani kau pecahkan pinggan aku!” Maya menghayunkan penampar tepat ke muka Violet. Violet sedikit pun tidak mengadu kesakitan membuatkan Maya semakin geram. Malah Violet merenung tajam mata Ella dengan muka tidak berperasaannya. “Mama tengok Violet ni. Duk renung-renung orang pula. Ingat mata dia cantik sangat ke?” adu Ella kepada mamanya. Dia sudah tidak sanggup direnung sebegitu oleh Violet. Menyeramkan! “Sudah-sudahlah tu mama. Pinggan aje pun. Mama kan ada banyak  pinggan macam tu.” Daniel menepuk perlahan bahu mamanya. Kesian pula dia melihat pipi Violet sudah merah penangan mamanya. “Mana boleh. Abang ingat mama beli murah ke pinggan tu?” “Violet, awak pergi masuk dalam bilik.” Arah Daniel. Kata-kata Ella dihiraukan. Makin dilayan si Ella tu, makin menjadi-jadi dia. Kalau dibiarkan tak pasal-pasal senget pula muka Ella dikerjakan Violet. Mungkin Ella tak tahu, tapi dia tahu yang Violet ada sejarah hitam yang tersendiri. Diselamatkan Daniel, Vio