Kisah Kita...

Assalamualaikum...
okey, ni first time saya buat cerpen.
abaikan ejaan yang salah sebab keyboard laptop ada masalah sikit.
abaikan jika ada penggunaan bahasa inggeris yang salah...almaklumla, ceq x retti BI
Enjoy reading!


*****



 Seelok kakinya menjejak lantai rumah, telinganya menangkap bunyi piano sedang dimainkan.

Etude in A Minor Op. 25, huh?” Dia mendesis. Cuba dihalang rasa sesak didadanya. Cepat-cepat diusir memori pahit yang cuba bertandang. Dia tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Dia tidak mahu terikat dengan masa silam lagi. Dia tidak mahu mimpi ngeri datang kembali.

 “Along!”. Sapa adiknya, Maisarah yang baru keluar dari dapur sambil menatang dulang.

Serentak dengan itu, bunyi piano serta-merta berhenti. Seisi rumah sudah sedia maklum. Dia sememangnya fobia dengan bunyi piano. Jadi, apabila pulang ke rumah keluarganya, sesiapapun takkan cuba untuk bermain piano.

“Kenapa Along balik tak beritahu? Boleh Angah masak spesial punya untuk Abang angah sorang ni, kan Adik kan?”. Muiz si tukang bermain piano tadi hanya menganggukkan kepala. Tahu dah kalau tak disokong Angahnya seorang ni nanti akan ada sesi pujuk memujuk bagi menghilangkan muncung yang boleh dibuat penyangkut baju.

 “Kau angah nak memasak? Memang tipulah! Tak terbakar dapur,kau yang terbakar. Bukan Along tak tahu kau tu memang panndaiii sangat memasak.” Dia berdehem.

Actually,  Along tak plan sebenarnya nak balik. Tiba-tiba teringat kat korang, tu yang singgah jugak. Almaklumlah ayah kan outstation, bawak pulak ibu, so korang pun dah macam anak ayam kehilangan ibu la. Jadi, sila berbanggalah ya menjadi adik kepada Mikhael yang sangat caring dan prihatin ni. Sanggup balik untuk masak dekat adik-adik dia yang sangat pemalas ni” Ceh, prihatin la sangat! Prihatin tengkorak dia. Mengaku jelah kau pun lebih kurang sama je. Kalau dekat rumah sendiri mana ada nak memasak walaupun kau tu ada la bakat terendam sikit. Kemas rumah? Lagilah out! Kalau tikus masuk pun tak jumpa jalan keluar.

Ala.. Dia bukannya tak pandai kemas rumah. Cuma malas je. Tau dah kalau kemas rumah pun nanti bersepah balik. Tapi sekali dia kemas rumah, fuh! Jangan kata semut, bakteria pun susah nak jumpa! Ceh Mikhael, auta je lebih! Tapi haprak pun tak ada.

***

“ Err..Along!”

“Yup! Nak apa?”

“Nak tanya sikit. Tapi along jangan marah tau.” Teragak-agak.

“Nak marah apa kalau tanya pun belum. Try tanya dulu baru along decide nak marah ke tak.” Jawabnya bersahaja.

“ Sampai bila along nak meyalahkan diri along? Sampai bila nak berhenti main piano? Along tau kan tu bukan salah along sepenuhnya. Kenapa tak mahu move on? Kenapa still nak letakkan kesalahan atas bahu along?” Berpaling kepalanya ke arah Muiz selepas mendengar soalan yang dia kira agak sensitif.

“Huh…” Dia mengeluh. Hendak marah macam tak kena. Adiknya tu hanya risaukan dirinya sahaja. Sudahlah Mikhael! Hendak menyalahkan diri pun tak guna. Bukannya masa boleh berpatah balik. Dah bendak hendak jadi, apa boleh buat.

“Adik tak faham. Perasaan bersalah tu sampai bila pun akan menghantui hidup Along. Along bu…” terhenti bicara Mikhael apabila mendengar bunyi piano dimainkan.

Dahinya berkerut. Bukannya orang di dalam rumah ni tak tahu dia fobia pada bunyi piano. Dia berpandangan dengam Muiz. Dia mengangkat kening kepada Muiz bertanyakan siapa yang bermain piano. Muiz hanya mengangkat bahu dan menggeleng.

Ballade No.1 in G Minor Op.23. Chopin.” Muiz menggumam. Janganlah Along mengamuk.

Serentak Mikhael dan Muiz mengangkat kaki ke arah laman di ruang tamu yang menempatkan sebuah piano.

***

“Weyh, kau duduklah dulu. Aku nak pergi buat air kejap. Kau nak air apa?” Soal Maisarah.

Well, sebab kau rajin bertanya, maka, memang rajinlah aku menjawab. Buat kat aku air sirap. Bubuh sekali biji selasih. Biji selasih tu tak mahu banyak sangat. Acah-acah cantik je. Nanti aku muntah kalau banyak sangat.  Kalau ada  nata de coco pun pun banyak-banyak…ais separuh cawan. Merah air tu tak macam baju raya kau tahun lepas. Merah sweet-sweet gitu. Hurm…lagi apa eh?”. Tangan diletakkan dibawah dagu. Dibuatnya seolah-olah berfikir.

“ Ainul Mardhiah Binti Aziz! Orang tanya elok-elok buat main. Aku buat air kosong je kat kau.” Maisarah berlalu pergi.

Ainul hanya tergelak kecil. Itu lah, tanya lagi. Buat je lah air apa pun mana pernah dia nak kisah. Dah tahu dia ini jenis merapu-meraban, lagi mahu tanya. Macam baru berkawan dengan dia sehari.

Ainul melemparkan pandangan ke sekeliling rumah Maisarah. Walaupun dah lama berkawan tetapi dia tidak pernah pergi ke rumah Maisarah. Kalau Maisarah tak ugut dia nak putus kawan, jangan harap dia nak datang.

Dahi Ainul berkerut sebaik ternampak sebuah piano di satu laman di ruang tamu. Perlahan-lahan bibirnya mengukir garis. Dia kemudiannya berjalan ke arah piano tersebut.

Hmmm… nak main ke tak? Main je lah. Kan Mai kata tadi buat macam rumah sediri. Eh, ye ke Mai ada kata? Ala, bukannya ada orang lain kat rumah ini. Tangan dah gatal nak main ni. Lama dah tak pegang benda alah ni.

 Akhirnya, Ainul memutuskan untuk mengikut kata hatinya. Lantas diduduknya atas kerusi yang disediakan. Perlahan-lahan tangannya bermain di atas piano. Mata dipejamkan sambil bibir mengukirkan senyuman.

Chopin Ballade No.1 in G Minor Op.23.

***

“Ehemmmm….”Panjang dua harkat dengungnya.

Yalah, nak kejutkan perempuan dekat depan dia yang begitu asyik dengan piano. Macam duduk dekat dunia lain dah. Berdehem kuat-kuat karang sakit jantung pulak perempuan ni.

Ainul membuka matanya. Selamat tak jatuh kerusi dek terkejut melihat dua orang lelaki di depannya. Seorang tengah cekak pinggang, seorang lagi tengah tersengih-sengih. Yang tengah cekak pinggang tu mesti abang Maisarah sebab nampak lagi tua dari dia. Maybe dalam lingkungan 26. Handsome abang Mai!  Yang tersengih-sengih tu mesti adik dia sebab nampak muda.

“Errr…Kenapa ye Encik?” Bodoh-bodoh bengong dia menyoal.

“ Hai akak! Akak ni mesti kawan Angah kan?” Ainul mengangguk.

“Hai akak kawan Angah, saya adik Angah yang paling hensem, Mr. Muiz Qusyairi. Boleh panggil Muiz. Baru habis SPM.” Poyo je Muiz perkenalkan diri. Dah la perasan.

“Ni Along. Abang kitorang yang paling poyo. Semua sifat-sifat mazmumah bagi la dekat dia.” Selamba pulak dia mengutuk Alongnya. Berasap telinga Mikhael. Siapa sekarang ni yang poyo? Cerhabaq sikit.

“Nama akak apa? Nak panggil apa? Umur berapa? Tinggal dekat mana?” Amboi kau Muiz, soalan macam temu duga nak buat kakak ipar. Kakak ipar? Okey jugak tu. Boleh basuh kepala otak Along yang tak habis-habis dengan fobianya.

“Banyaknya soalan. Hai! Nama akak, Ainul Mardhiah. Panggil apa pun takpe. Sama umur dengan Angah Muiz. Menetap kat bumi Allah yang luas ni. Hehehe…” Layan ajelah Muiz tu.

Mikhael hanya mendiamkan diri. Dia hanya memasang telinga mendengar perbualan adiknya dengan Ainul. Nak menyampuk memang tak reti, sebab dia ini jenis pendiam, tak reti bercakap dengan orang yang dia tak kenal.

 Seketika kemudian, terkocoh-kocoh Maisarah keluar dari dapur sambil menatang minuman.

“Ainul, kenapa kau main piano tadi!? Mampus kau kalau Along aku dengar. Along aku…” Tak sempat menghabiskan bicaranya, Maisarah nampak Mikhael berdiri di sebelah Muiz yang racak bersembang dengan Ainul. Terus terkatup rapat mulutnya. Mikhael mengangkat kening sebelah bagaikan bertanya Along aku apa?

Alamak! Along dengarlah pulak. Mati…Mati. Mohon sempat mengucap. Mohon Along tak marah Ainul.

“Kenapa dengan Along kau?” Chewah…Lagak cakap macam Mikhael tak ada depan mereka.

“Errr…Hai Along! Angah ajak kawan Angah singgah rumah sebab err….Ha! Nak buat revision. Ya ya…revison!”

“Masa bila pulak nak revision ni Mai? Bukan baru habis exam je ke?” Ainul tayang muka blur. Maisarah buat muka.

“ Ya ya Along Mai. Kitorang nak buat revision.” Sengih serba-salah. Aku mana reti menipu!

“Whatever la. Buat la apa-apa yang patut.” Balas Mikhael sambil berlalu. Mahu menghilangkan dahaga selepas dirinya kekurangan oxygen selepas mendengar bunyi piano.

Notes betul, not so fast, not so rought. Just…perfect!” Mikhael menggumam.

Di ruang tamu…

“Kenapa kau kata kalau Along kau dengar bunyi piano mampus aku?” soal Ainul.

Maisarah dan Muiz berpandangan. Serba-salah nak cerita atau tak. Muiz mengangguk kepada Angahnya. Membenarkan berkongsi cerita. Mungkin Ainul boleh menolong Along mereka.

“Dulu…Along tak macam tu. Piano tu segala-galanya bagi Along. His passion towards the piano, undoubtly. Then one day….”

***
3 tahun yang lepas..

“Along, sudah-sudahlah tu main piano. Mari tolong opah kait kelapa.”

“Kejap opah.” Mikhael menamatkan lagu yang dimain menggunakan komputer riba,  sonata no. 14. Dek kerana terlalu minat dengan piano, dia sanggup memuat turun aplikasi piano di dalam komputer ribanya. Senang jika dia pergi ke mana-mana tempat yang tiada piano dan dia gian nak main, hanya perlu buka komputer riba sahaja. Mikhael bangkit lalu bingkas menuju ke arah opah yang berada di luar rumah.

 Setiap hujung minggu, Mikhael akan pulang ke kampung untuk menjenguk opah. Disebabkan dia cucu pertama, da agak rapat dengan opah berbading adik-beradiknya yang lain. Tambahan, ibunya merupakan anak tunggal. Jadi, dia tak ada sepupu yang lebih tua daripadanya.

“Opah, Along dah daftar nama untuk competition piano. Hujung bulan ni, dekat Institude of Music, UCSI University.”

“Dah daftar baru nak bagitau opah. Bertuah punya cucu.” Tak fasal-fasal kena piat telinga sebab tak beritahu awal-awal. Mikhael hanya ketawa.

***

 Tamat gilirannya melakukan persembahan, Mikhael menerima panggilan dari Maisarah mengatakan opah dimasukkan ke dalam hospital. Opah tiba-tiba sesak nafas semasa menyapu sampah di halaman rumah. Bersyukur sebab ada jiran terdetik hati nak pergi menjenguk opah.

Setibanya Mikhael di hospital, dia menerima perkabaran bahawa opahnya sudah meninggalkan dirinya. Mikhael menyalahkan dirinya punca kematian opah. Kalaulah dia tak mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan piano, pasti dia berada dikampung. Dan jika dia berada di kampung, pasti dia dapat memberikan bantuan dengan secepatnya jika opah sesak nafas.

Selepas opah meninggal dunia, dia tidak pernah bermain piano. Piano yang ada di rumah hanyalah adik-adiknya sahaja yang bermain.

***

Mikhael mengelap air matanya yang jatuh di pipi. Kenangan lalu terlalu pahit. Sangat sakit. Hari yang takkan dia lupakan. Bukannya dia tak pernah cuba bermain piano semula, tapi apabila bermain tangannya akan menggeletar dan notes yang yang dihafal akan hilang semasa dia tengah bermain.

‘ Along rindu opah. Why did you leave me so soon, opah?’

Bukannya dia menidakkan takdir. Tak juga dia menyalahkan takdir. Dia tahu semua ini ketentuan. Ajal dan maut, semua di tangan Tuhan. Cuma, dia tak mampu berhenti menyalahkan diri. Dia tak mampu move on bak kata orang. Dia tak pernah meratap akan kehilangan opahnya. Dia hanya tak mampu percaya bahawa opahnya meninggalkan dirinya.

Sudahlah Mikhael. Jangan difikir lagi. Just move on with the flow. Lama-lama nanti mesti akan hilang  jugak fobia kau. Baik kau keluar rumah pergi ambil angin daripada kau menyesakkan otak kau dengan kenangan lama.

***

“Eh, tu macam Along si Mai. Nak pergi tegur ke tak? Buatnya dia tak kenal aku, buat malu ja.” Ainul bercakap dengan dirinya sendiri. Serupa orang gila dah dok cakap seorang-seorang.

Tegur je la…

“Errrr…Awak!” Novel yang Ainul pegang dijadikan alat untuk mencuit Mikhael. Mikhael menoleh.
“Along Maisarah kan? ”. What should I call him?
“ Ha ah. Just call me Mikhael.” Macam tahu-tahu je apa yang Ainul fikir.
“Anything I can help?”
Yes..eh..No…Errrr..”Ainul menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia berasa canggung.
Mikhael mengangkat kening.
No.. I just wanna say sorry. I don’t know yang awak fobia dengan bunyi piano. Besides, saya tak tahu awak ada dalam rumah. I thought it was just me and Mai only dalam rumah tu.”
“Oh… Nothing at all. Benda dah jadi kan..” Senang Mikhael menjawab.
“Erre…Awak ada masa sekejap tak?”
“Kenapa?”
“Nak bercakap sikit dengan awak.” Merah muka Ainul. Mana pernah ajak lelaki bersembang. Tapi demi janjinya dengan Maisarah, dia tolak tepi perkara lain.
“Sure. Jom kita pergi duduk sana.” Ujar Mikhael sambil menunjukkan ke arah sebuah bangku di tepi tasik. Dia berjaan ke arah bangku tersebut sambil diikuti oleh Ainul.

***

“Mai beritahu yang awak fobia dengan piano. Dia jugak kata yang awak still salahkan diri awak atas kematian nenek awak tiga tahun lalu.”

Mikhael mengetap bibir. Angah ni memang nak kena!

“Awak jangan marah Mai. Dia kesian kata awak je. Dia cakap family awak semua dah try pujuk awak. Tapi tak jalan. Tu yang dia minta orang luar yang cakap dengan awak. Kot-kot awak boleh move on ke.” Makin perlahan suara Ainul berbicara. Seram melihat muka Mikhael yang makin dingin.

“Saya rasa ini problem saya. Awak tak payah masuk campur.” Dingin suara Mikhael. Dia bangun perlahan-lahan dari bangku. Hendak berlalu pergi. Kepala sesak!

“Terima kasih sebab concern. Tapi saya rasa saya boleh handle problem saya.” Ujar Mikhael sambil berlalu pergi. Ainul mengetap bibirnya.

“Awak boleh handle problem awak? Awak yakin ke?” Ujar Ainul perlahan, mematikan langkah Mikhael.

“Awak tak kesian kat family awak? Awak ingat ibu awak tak sedih dengan perangai awak? Awak tahu sendiri kan kalau ibu sedih atau berkecil hati dengan anaknya, apa hukumnya?”Ainul menyoal bertalu-talu.

Perlahan-lahan Mikhael mengalihkan tubuhnya menghadap Ainul. Mencerlung matanya memandang Ainul. Ainul berjalan perlahan-lahan ke arah Mikhael. Matanya menentang mata Mikhael berani.

 “Awak, hidup dekat dunia ni sementara saja. Akhirat jua kekal abadi. Kalau awak still menyalahkan diri awak atas kematian nenek awak, awak tak rasa ke yang awak ni tak menerima takdir? Awak tak rasa ke awak ni menyalahkan Tuhan atas segala yang berlaku?” Ainul berjeda.

“Tuhan dah tulis dah berapa lama umur seseorang itu. Dan sudah sampai ajal nenek awak. Sama sahaja kalau dulu awak tak masuk pertandingan piano tapi Tuhan still kata nenek awak meninggal pada masa tersebut, nenek awak akan pergi jugak meninggalkan awak.” Mikhael tersentak. Dia terlupa hakikat tersebut.

“Family awak semua risau dekat awak. Maisarah, Muiz, ibu dan ayah awak, semua risau dengan awak. Semua nak tengok awak ceria macam dulu. Awak still beruntung masih ada orang yang masih risaukan awak. Tak semua orang beruntung seperti awak…” macam saya. Sambung Ainul dalam hati. Hatiya sebak. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah bangku tadi dan duduk. Matanya memandang jauh ke tengah tasik. Ummi…Abah… Ainul menahan sebak.

Mikhael memandang lama Ainul yang temenung jauh ke tengan tasik. Dahinya berkerut. Ayat terakhir Ainul menari-nari di kepalanya. Ayat yang dilafazkan dengan nada yang sebak. Walaupun Ainul cuba menyembunyikan perasaan sedihnya, tetapi telingaya dapat menangkap nada sedih yang Ainul cuba sembunyikan.

***

 “Tuhan dah tulis dah berapa lama umur seseorang itu. Dan sudah sampai ajal nenek awak. Sama sahaja kalau dulu awak tak masuk pertandingan piano tapi Tuhan still kata nenek awak meninggal pada masa tersebut, nenek awak akan pergi jugak meninggalkan awak.”

Berlegar-legar ayat tersebut di dalam kepalanya. Matanya memandag syiling rumah. Kedua-dua belah tangan diletakkan di belakang kepala. Riuh-rendah suara adik-adiknya yang sedang menonton televisyen dibuat tak reti.

Ainul Mardhiah.

Ada sesuatu yang disembunyikan oleh wanita tersebut. Melihat riak sedihnya, mendengar nada sebaknya, hati Mikhael tahu yang Ainul ada masalahnya sendiri .

“Angah!” Panggil Mikhael. Ada sesuatu yang ingin ditanyanya.
“Hurmmm..”
“Kawan kau tu, hurmmmm… Ada something pernah terjadi dekat dia ke?” Teragak-agak dia menyoal.
“Kawan Angah? Yang mana?” Pernah ke Along tengok kawan dia?
“Ainul.” Tegak badan Maisarah. Kepalanya cepat menoleh. I smell something fishy here.
“Along jumpa Ainul tadi. Terserempak. Dia bagi tazkirah sepuluh minit kat Along tadi. Tapi, dia nampak errr…..sedih.”
“Sedih!? Dia nangis tak?” Maisarah mula cemas. Mula mencari telefon bimbit, nak telefon Ainul!
“Tak, tak nangis pun.” Kerut Mikhael melihat riak cemas Maisarah.
“Kenapa kau gelabah sangat ni Angah? Baik kau cerita.”
“Errrr…..Hmmm…Ainul tu dah hilang ummi abah. Meninggal sebab kebakaran. Masa tu dia baru berumur 8 tahun. Sangat kecil untuk menerima sebuah kehilangan. Bertahun-tahun dia tak mahu bercakap, hidup dalam kesedihan. Dia tinggal dengan ibu da bapa saudaranya. Walaupun macam tu, dia still pergi ke sekolah and ambil exam. Dia budak pandai. Ibu dan bapa saudaraya sayang sangat dekat dia tambah-tambah lagi  mereka takde anak.  Start umur 11 tahun, dia dah mula bercakap balik. Masa dia umur 12 tahun, dia dah boleh menerima kenyataan yang ummi abahnya dah tak ada.” Cerita Maisarah. Matanya merenung jauh ke luar rumah. Mengingati cerita yang Ainul pernah cerita dekat dia 2 tahun dahulu.

“Tapi, kegembiraan dia tak bertahan lama. Dia hilang pulak ibu dan bapa saudaranya masa dia umur 18 tahun. Dia hilang tempat pergantungan. Selamat iman dia masih kuat, berkat didikan bapa saudaranya. Dia reda dengan kehilangan mereka. Dia tahu yang Tuhan tak kan mengujinya dengan perkara yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya. Dia berpegang dengan ayat tersebut.” Maisarah menarik nafas.

“Dengan harta yang ditinggalkan oleh ummi dan abahnya, serta harta wasiat ibu dan bapa saudaraya, dia sambung belajar. Perasaan sedih dia abaikan. Dia nak merealisasikan hasrat ummi dan abahnya yang hendak dia berjaya dalam hidup. Dia berpegang dengan janji terhadap ibu dan bapa saudaranya supaya tidak meratap dengan apa yang berlaku. Dia teruskan hidupnya dengan gembira. Dia sembunyikan segala perasaan sedihnya dengan gelak tawa dan senyuman. Tapi, Angah pernah tangkap dia sedang menangis. Mungkin rindu keluarga dia.” Maisarah berhenti bercerita. Muiz sibuk megelap air matanya dan hingus. Cengeng betul budak ni seorang.

Dia tahu yang Tuhan tak kan mengujinya dengan perkara yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya.

Mikhael menarik nafas. Tak sangka wajah yang penuh senyuman itu menyimpan pelbagai kisah pilu. Tak sangka wajah yang setiasa tenang itu diuji dengan pelbagai perkara. Dia berasa kesal dengan diriya. Baru diuji sedikit sudah mengeluh, sudah berputus asa.

“Angah, nak nombor Ainul.” Mikhael menghulurkan Iphone6nya.
“Nak buat apa?” Soal Maisarah sambil memasukkan nombor telefon Ainul yang sudah dihafal.
“Ibu, Along nak kahwin!” Iphone6 jatuh menghempas tikar.

***

“Kenapa nak jumpa saya?” Terkejut Ainul menerima panggilan telefon pukul 2 pagi. Nombor yang tidak dikenali. Ingatkan ada kecemasan. Kalut dia mengangkat. Rupa-rupanya Along si Mai ni nak jumpa je pagi itu pukul 8 di tempat yang mereka jumpa minggu lepas.

“ Saja.” Ainul mengeluh kuat. Main-main pulak!
“Awak marah saya ke dengan apa yang saya cakap minggu lepas?” Ainul mengagak.
“Taklah.” Dua-dua mendiamkan diri. Sepi menyelubungi buat beberapa minit.
“Awak still fobia ke dengan apa yang terjadi? Masih menyalahkan diri?” Perlahan Ainul menyoal. Takkan nak bukak hikayat dia pulak kot kat sini. Bagi nampak sikit beza dugaan dia dengan Mikhael.
“Ainul.”
“Hurmmm…” Apa kes panggil nama orang ni.
“Apa kata awak aje yang tolong hilangkan fobia saya?” Mendalam maksudnya.
“Ehh?”

***

Ainul memegang jari kelingking Mikhael. Takut hilang di tengah-tengah sesak pasar malam. Mikhael ni dah lah langkah besar. Dia pulak yang terkedek-kedek. Tak takut bini hilang ke?

Selepas dilamar oleh Mikhael 4 bulan lepas, dia meminta masa untuk istikarah. Dia bermimpi bermain piano bersama seorang jejaka di sebuah taman yang sangat cantik. Ummi dan abahnya berada di satu sudut dan tersenyum melihat mereka yang gembira bermain piano. Begitu juga dengan ibu dan bapa saudaranya.

Dengan berpandukan mimpi tersebut, dia menerima lamaran Mikhael. 3 minggu selepas itu mereka bertunang pada hari Jumaat, dan pada hari Sabtu mereka bernikah. Petang Sabtu diadakan majlis kahwin di halaman rumah ibu bapa Mikhael. Cepat, memang cepat. Tapi segalaya berjalan dengan lancar. Seolah-olah ada tangan lain yang menolong. Alllah memudahkan kerja mereka.

Mereka megambil keputusan untuk bercinta selepas kahwin. Lebih diberkati kerana sudah halal. Tak sangka, indahnya bercinta selepas kahwin.

Ainul yang berada sedikit kebelakang ditarik Mikhael supaya berjalan beriringan dengannya. Tangan Ainul yang memegang jari kelingkingnya dileraikan lantas tangan kanannya menggenggam tangan kiri Ainul.

“Sayang, berapa kali saya nak cakap genggam tangan saya. Bukannya pegang jari kelingking je.” Gerutu Mikhael tak puas hati. Hilang bini dia satgi siapa nak tanggung? Kena pulak menghadap bala tentera kat rumah yang sayang bininya lebih dari dia. Mereka sekarang ini sedang mencari ayam golek yang diidamkan oleh Ainul.

Sejak dia kahwin dengan Ainul 3 bulan lepas, dirinya pulak seolah-olah menantu. Adik-adiknya akan meyebelahi Ainul jika mereka bergaduh manja. Kalau mereka pulang ke rumah orang tuanya, ibunya akan memasak makanan kegemaran Ainul, bukan dirinya. Ayahnya pulak akan selalu mengajak Ainul bermain catur. Ya, Ainul sangat pandai mengambil hati kedua orang tuanya.

Tambah-tambah selepas Ainul disahkan hamil 3 bulan (Ehem..pandai-pandailah kira bila anak mereka terjadi), lagilah ditatang Ainul tu. Dirinya dibuat seolah-oleh tak nampak. Pernah dia menggerutu tak puas hati kat Ainul, tapi Ainul hanya tergelak manja dan bercakap:

“Ainul dah lama tak rasa kasih sayang ibu ayah. Bagilah Ainul chance…” Dan dia terdiam!

***

“Awak, ulang la sekali lagi.”pohon Ainul manja sambil menggoncangkan lengan Mikhael.
“Sayang, tak bosan ke?”
“Tak, please…” Ainul tayang muka comel. Ni yang Mikhael lemah ni.
“Haih…”Mikhael mengeluh. Tapi demi isterinya, dia turutkan jugak.

Perlahan-lahan tangannya bermain di atas piano. Memainkan lagu Love Sorrow ‘Liebesleid’- Rachmaninoff’s Arr. Entah dah kali ke berapa dah dia main lagu yang sama. Ainul sejak mengandung ni suka sungguh menyuruh dia bermain piano. Bila disuruh main sendiri, dengan muka manja mengatakan dia main tak sesedap Mikhael main. Ada pulak macam itu. Bukannya notes berbeza. Kalau dia tak mahu main, nanti Ainul merajuk. Pembawakan budak agaknya. Masa sebelum kahwin, tak pulak nak manja-manja macam ini, cool semedang. Oh lupa, sebelum tu mana ada ikatan lagi. Tak boleh manja-manja!

Ainul yang duduk di sebelah Mikhael melabuhkan kepalanya ke bahu suaminya. Menghayati lagu tersebut.

“Awak tahu tak…”
“Tak tahu.” Potong Mikhael. Ainul menampar perlahan lengan Mikhael. Suka potong cakap orang!
“Dulu kan, masa arwah abah masih ada, dia selalu mainkan lagu ni dekat Ainul. Konon nak dodoikan Ainul. Last-last dia yang menguap. Ainul pulak main lagu ini kat arwah abah. Dodoikan abah.” Ainul tergelak kecik. Tawar tanpa perisa.

Mikhael tersenyum tawar.

“Ainul mula bermain piano masa umur berapa?”
“6 tahun. Tapi lagu Love Sorrow ni abah yang ajar. Sebab ni lagu kegemaran ummi. Sekarang dah jadi kegemaran Ainul.”
“Takpe. Lepas ini husband tersayang Ainul yang akan main untuk Ainul. Dodoikan Ainul.”

Ainul tersenyum mendengar bicara Mikhael. Ternyata dia tak salah menerima lamaran Mikhael.

Melihat Ainul tersenyum, Mikhael juga ikut senyum. Sungguh dia bahagia kini dengan hidupnya. Tak sangka keputusan drastik yang diambil hari itu membahagiakan dirinya. Tak sangka fobianya terhadap piano hilang. Kalau diikutkan, selepas dia mendengar kisah Ainul, dia mula bermain piano balik. Perancangannya, semasa majlis kahwin mereka dia nak bermain piano. Nak bagi kejutan dekat Ainul. Tapi Muiz pulak potong line. Tak bagi dia main. Suruh duduk dengan Ainul je. Last-last Muiz yang main. Kalau main lagu slow tak pe la jugak. Ini main lain lagu yang membingitkan telinga. Kacau majlis kahwin dia sebentar. Tak fasal-fasal Muiz kena piat telinga dengan ibu. Padan muka. Main-main lagi!

“Ainul!”
“Hurmmm”
Grow old with me?
“My pleasure”

Mikhael dan Ainul tersenyum bahagia.

Comments

Popular posts from this blog

I wonder

Cinderella dan... pencuri?